Insan Luhur

Kita hidup dengan Roh bukan dengan Jasad..

Thursday, July 04, 2019

Duduk dengan Adab dan Kasih Sayang

Last post 11 September 2013..Sekarang 4 Julai 2019..fuhh...6 tahun dah aku x post apa2 dlm blog ni..ada gak niat nak tutup je blog ni.Tapi tu lah..rasa mcm sayang lak...Banyak kenangan kot..
Kat atas tu gambo kawin aku..13 Disember 2003..kat belah lelaki...kat Kuang..Sebenarnya bukan nak citer pasal gambar kawin aku sangat pun...Tapi aku nak cerita betapa beruntungnya aku dengan kehadiran susuk insan berbaju kuning berkopiah bersama isterinya pada majlis kahwin aku. Beliau adalah almarhum Ustaz Haji Ishak Itam.Secara zahirnya beliau adalah Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia pada ketika itu tapi hakikatnya beliau lebih dari itu. Beliau Guru Tauhid..Mungkin dulu yang aku faham beliau bawak tauhid hikam berdasarkan Kitab Hikam Ibnu Ataillah.Hakikatnya beliau bawak lebih dari tu.Hikam tu hanya sebahagian je..Ahmad Muhammad timbal balik bukan dari hikam. Almarhum Ustaz Hanafi ambik Muhammad timbal balik dari N9. Lepas tu Ahmad timbal balik sampai kepada yang hak,maka lengkaplah Ahmad Muhammad timbal balik.Amanah tu bersambung ke almarhum Ustaz Ishak Itam.Alhamdu lillah...dulu aku puas nak fahamkan apa dia Muhammad timbal balik.Rasa macam hebat kalau tau kot.Rupanya lepas aku jumpa seseorang yang tau...la..xde apa pun.Tentang diri kita sebenarnya..betapa hinanya kita,betapa kosong nya kita..xde apa pun sebenarnya pun kita ni.Tumpang Muhammad je . Tuhan pandang kita pun pasal Muhammad je.Segalanya sebab Muhammad.Sebab Muhammad je yang kenal Allah.Baru aku faham selama ni kenapa almarhum cakap setiap kalimah Tauhid mesti kena ada kalimah Rasul. Rupanya nak sampai ke Allah tetap kena lalu Muhammad.Kalimah syahadah tu penyaksian semata. Kesimpulannya almarhum bukan biasa-biasa.Tak sangka beliau datang kenduri kawin aku dari aku belum bersanding sampai siap tepung tawar bagai...rasa2 aku lepas tepung tawar tu pun dia x balik lagi.Aku tak pernah lupa masa makan beradab, beliau yang duduk sebelah aku tanya kat aku.. "Hang nak makan ka??".. segan kot aku nak makan mendahului guru.."Takpalah ustaz makanlah dulu"...aku cakap kat beliau..."Hang malu ni,mai sini saya cedokkan nasik"..Sambil tu tangan beliau laju je cedokkan nasi ke pinggan aku..aduhai segan giler kot...seorang Guru yang ajar aku tentang adab cedokkan nasi kat aku yang bodoh piang ni..huhu..
Kenangan semua tu...almarhum pulang ke rahmatullah pada tahun 2011..hari pertama beliau balik aku tak rasa apapun...malam hari kedua, aku menangis seadanya..rasa sangat kasih sayang yang Tuhan campak pada almarhum pada aku yang bodoh ni...
Sekarang aku tak bersama dah dalam silat cekak.Almarhum cakap silat tu jalan...tak kisah apa jalan pun isinya tetap Tauhid..Nak Tauhid kena ikhlas..Nak ikhlas kena duduk dalam adab dan kasih sayang..Kata beliau lagi Muhammad bawak adab dan kasih sayang..maka himpunlah kita dalam kasih sayang sehingga sampai kasih sayang dengan Muhammad..baru la sampai kepada yang satu iaitu Yang Maha Kasih dan Sayang....sebab tu mula apa2 pun...mula dengan kasih sayang..dulu x tau...sekarang baru tau...rupanya Bismillahirrahmanirahim..Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...subhanallah..semoga roh almarhum Ustaz Ishak Itam dan isteri Almarhumah Mak Tam dilimpahkan kasih sayang di sana. Amin..

Wednesday, September 11, 2013

Takdir atau Kebetulan

Lebih kurang 3 bulan..sengaja aku biarkan blog ni tak ter update.Bukan tak ada idea.Tapi keinginan tu tak sampai lagi.Kalau boleh bila aku buat posting biarlah datang dari hati yang penuh ikhlas bukan di paksa-paksa.Tapi siapa la kita kan..hidayah tu hak Allah..ketenangan tu hak Allah..kita hanya mohon dan usaha je selebihnya terserahlah pada Dia.
Apapun aku mohon pada Nya agar aper yang aku posting kali ni adalah satu perkongsian ikhlas dari aku bukan atas niat2 yang lain.Mudah-mudahan..
Kali ni aku nak bicara tentang kebetulan.Sebenarnya ada ke istilah kebetulan dalam hidup kita ni?..
Hakikatnya tanpa kita sedar,selalu sangat kita gunakan perkataan tu dalam kehidupan kita. Contohnya kalau datang ke opis,tiba-tiba secara x sengaja ada dua tiga orang rakan seopis kita pakai baju yang sama warna ngan kita,jadi kita katakan itu kebetulan.Kalau kita pergi ke  sesuatu tempat yang kita pasti takkan ada rakan2 kita di sana..tiba2 secara x sengaja kita terjumpa juga rakan kita.Itupun kita katakan kebetulan.

Persoalannya adakah benar itu di katakan kebetulan... Macam biasa,berdasarkan apa yang aku pernah dengar dari Almarhum Guru,rukun Iman yang ke 6 - Percaya kepada Qada' dan Qadar.Kesimpulan daripada rukun iman ke 6 ni ialah.. kita hendaklah mencari takdir bukan menanti takdir. Hakikatnya kita tak tahu apa takdir kita..itu rahsia Allah..sebab tu kita kena mencari takdir kita.Contohnya.. kita tak tahu dengan siapa dan bila kita akan berkahwin.Jadi kita kenalah cari calon isteri untuk kita berkahwin.Itulah di namakan mencari takdir.Dalam erti kata lain berusaha dan berikhtiar.Kalau kita  menanti takdir..kita duduk diam2 kemudian tunggulah sampai masa nanti kahwin la kita.Kalau kita tak kawin2 sampai sudah kita beranggapan itulah takdir kita..
Betul..takdir kita dah ditentukan semenjak alam roh lagi.Tapi kita tak tau apa takdir kita tu.kalau kita tau takdir kita...maka tak perlulah kita mencari takdir kita.
Jadi apa kena mengena pula dengan kebetulan??..Macam yang kita tahu semua perkara dalam hidup kita dah Tuhan tentukan sejak di alam roh lagi dan itu di namakan Qada' dan Qadar.Untuk itu..jika secara tak sengaja tiba2 rakan2 seopis pakai baju warna yang sama dengan kita,itu bukan kebetulan tapi Tuhan dah tetapkan takdirnya begitu.Begitu juga jika secara tak di sengajakan kita terjumpa rakan kita di  tempat yang kita pasti takkan terjumpa rakan2 kita di sana.,itu juga bukan kebetulan tapi Tuhan dah tetapkan takdirnya begitu.
Kalau kita kata itu semua kebetulan..kita ibaratkan seolah-olah Tuhan mcm tetapkan sesuatu takdir pada saat-saat akhir.Tiba2 Dia terfikir nak buatkan takdir kita sekian2..Sedangkan Dia dah tentukan takdir kita waktu di alam roh lagi..Apa yang berlaku semua atas perancanganNya dan Dia adalah sebaik-baik perancang
So pada pandangan aku (x semestinya betul).. contoh-contoh di atas sebenarnya adalah takdir yang di tentukan oleh Nya tapi kali ni..takdir yang mencari kita.Ada masa kita kena mencari Takdir dan ada masa pula Takdir yang mencari kita.Tapi jgn sekali-kali kita menanti Takdir..
Kesimpulannya tidak ada kebetulan dalam hidup kita.Apa yg berlaku secara tak sengaja itu di namakan Qada' dan Qadar. Takdir yang membuat warna pakaian kita sama dengan rakan-rakan seopis,takdir juga yang menemukan kita dengan rakan kita di tempat yang kita pasti takkan terjumpa rakan2 kita di sana.Apapun itu semua Rahsia Allah.Hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui.Mungkin betul..mmg ada takdir yang di tentukan selepas alam roh..Hanya Allah Yang lebih mengetahui.Takdir mencari kita secara kita tidak sedar tapi kita tetap kena mencari takdir.Tuhan takkan ubah nasib kita selagi kita tak usaha dan ikhtiar.Kalau kita masih menanti takdir maka biarlah calon isteri datang sendiri kepada kita,biarlah pekerjaan datang sendiri kepada kita,biarlah makanan datang sendiri kepada kita.Seandainya sehingga ke akhir hayat itu semua takkan berlaku..biarlah..sebab kita dah ditakdirkan begitu..
Apapun... yang baik dan sempurna itu hanya dari Allah dan yang buruk dan serba kekurangan itu aku bahasakan kepada diri aku sendiri..sekian

Sunday, June 30, 2013

Ikhlas tu terletak di hati..

Salam semua..
Kembali lagi..Terkadang terasa agak berat gak nak update blog ni..Ye lah..rasanya macam syok sendiri pun ader..Macam xde saper pun yang nak baca..Follower pun 8 orang je.Tak gerak2 sejak aku mula create blog ni.Biler tengok blog orang lain,rasa mcm ralat gak..tiap2 kali posting ader je org komen,follower cecah sampai ratus2..walaupun posting tu citer pasal aktiviti harian je.Tapi tak kisah la pun, tujuan aku berblog tak pernah berubah sikit pun sejak dari dulu..aku jalankan tugas aku.Tugas yang diterjemahkan melalui tarian gemalai jari jemari aku ketika menekan keyboard yang penuh dengan button tu.. So biler tengok hitview dah mencapai 10,000++  ..rasa semangat tu,,aderla sikit..Sebab tu aku kena teruskan jugak..Aku anggap penulisan dalam blog aku ni adalah satu perjuangan untuk diri aku sendiri.Segala perkongsian yang tak seberapa yang dah aku luahkan melalui blog ni mana la tau dapat memberi sesuatu yang bermanfaat pada orang lain.Lagi elok rasanya sbb berlaku tanpa aku sedar..Barulah betul-betul ikhlas tu...Mmm..cerita pasal ikhlas..tiba2 teringat pulak tentang surah Al-Ikhlas..Surah ini memberi penegasan yang cukup jelas tentang mentauhidkan Allah. Tafsir ayat ni lebih kurang begini..



Katakanlah (Wahai Muhammad): Allah itu Maha Esa.Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan.Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

Siapalah aku nak huraikan ayat ketiga terakhir dalam khazanah Al-Quran ni..Ilmu tak seberapa pun. Sebab tu aku nak bicarakan berdasarkan apa yang di bawa oleh Guru aku.Sekadar perkongsian..aku menyampaikan aper yang Guru aku sampaikan kepada aku dan rakan2 seperguruan aku..
Kata Guru..biler bicara pasal tauhid maka kita tak lari dari Surah Al-Ikhlas.Ayat pertama menyatakan bahawa Allah itu Maha Esa.Seeloknya nya jangan di sebut Allah tu satu.Sebab satu tu berbilang-bilang.Kalau ada satu pasti ada dua. Iblis juga satu,Dajjal pun satu.Sebab tu kalau kita sebut Allah tu satu..maka ibarat kita samakan dengan makhluk yang lain.Allah tidak beranak dan tidak diberanakkan..tapi satu perkara yang ramai tertinggal..walaupun Allah itu tidak beranak dan tidak pula di beranakkan tapi Allah ada kekasih..KekasihNya adalah Rasullullah S.A.W. Seorang manusia yang Allah letakkan ke maqam yang paling tinggi di kalangan makluknya iaitu Habibullah (Kekasih Allah)..Sebab tu bila ada Allah tetap ada Muhammad S.A.W. Tidak lengkap kalimah syahadat itu jika hanya kalimah Tauhid tanpa kalimah Rasul..Ayat terakhir menyatakan 'Dan tidak ada sesiapaun yang serupa dengan Nya'. Kata Guru,ayat ni kena letak betul2 dalam hati kita.Ramai sangat yang terlupa dengan ayat ni.Sebab tu,bila orang cakap kita bodoh,kita marah,orang cakap kita miskin,kita marah,orang cakap kita hina pun kita marah. Hakikatnya kita memang bodoh..kita memang miskin..kita memang hina.Pandai tu hak Allah..Kaya tu hak Allah..Mulia tu hak Allah..Sebab tu tidak ada dua pandai ,dua kaya,dua mulia.Yang Pandai,Yang Kaya,Yang Mulia hanya Allah semata-mata.Pandai yang ada sedikit dalam diri kita adalah hak Allah yang Dia bagi pinjam kejap je,lepas tu dia ambik balik..Sebab tu jangan marah bila kita di katakan bodoh,miskin,hina sebab itulah hakikat sebenarnya.
So..apa kena mengena ikhlas dengan Surah ni..Kata Guru lagi..untuk mentauhidkan diri sepenuhnya kepada Allah..kita kena lah ikhlas.Ikhlas yang macamana. Manusia yang paling ikhlas diciptakan Allah adalah Rasulullah S.A.W..Maka jadi lah seperti Rasulullah.Nak jadi seperti Rasulullah,kita kena kenal dengan baginda.Kenal lah baginda dengan sifat bukan dengan zat. Apakah sifat Rasulullah..Ada 4 sifat baginda.Dua yang yang kita boleh buat lagi dua akan datang sendiri. Ia adalah Sidiq ( benar pada perbuatan,benar pada kata2,benar segala-galanya) dan Amanah.Bila dua sifat ini sudah ada dalam diri kita,dengan sendirinya hadirlah tabligh(sampai) dan fatanah (bijaksana).Dan sebab tu Guru membuat satu kesimpulan..utk mentauhidkan Allah sepenuhnya hendaklah kita Ikhlas.Untuk Ikhlas.lakukanlah dengan bersungguh-sungguh 3 perkara ini

1. Menepati Janji (Sidiq)
2. Berkata Benar (Sidiq)
3. Apabila memegang Amanah tidak pecah (Amanah)

Semoga bermanfaat kepada semua. Yang baik itu hanya dari Allah dan yang buruk lagi hina itu aku bahasakan kepada diri aku sendiri



Tuesday, June 18, 2013

Sahabat


Wednesday, May 22, 2013

Alasan lewat dalam myAkrab

Sila Klik untuk paparan lebih jelas...huhu



Saturday, April 27, 2013

Hadiah tak ternilai buat seorang isteri

Sebagai seoarang suami..dah semestinya isteri tu sepatutnya menjadi aset yang sangat bernilai dalam kehidupan selain anak-anak.. Ada banyak yang isteri boleh buat..suami pun boleh buat..Contohnya mcam kemas rumah,memasak...kadang-kadang ada suami yang boleh buat lebih baik dari isteri..Tapi berdasarkan pengalaman aku dan sedikit apa yang aku belajar sebelum ni...ada 3 perkara yang ada pada isteri...yang mcamanapun suami takkan mampu nak buat..



1.  Melahirkan anak anak..
Apa yang aku faham..bila seseorang perempuan sudah bersedia menerima seorang lelaki sebagai seorang isteri itu bermakna seluruh hidupnya akan di abadikan sepenuhnya untuk si lelaki tu..Dan kerana itu juga bila dah menjadi isterinya,dah pasti dia bersedia untuk melahirkan anak-anak...Beb..biler seoarang wanita dah bersedia untuk melahirkan anak,itu bermaknanya dia bersedia untuk pilih jalan mati..Melahirkan anak tu ibarat pilih jalan mati..Aku dah tengok depan mata aku macamana isteri aku melahirkan anak2 aku..pergh.. terus terang aku cakap,,andai kata lelaki boleh memilih untuk gantikan tempat isteri untuk melahirkan  anak, terang-terang aku cakap memang aku tak sanggup..bayangkan lubang yang hanya sebesar 7-8 cm tu dipaksa untuk mengeluarkan sesuatu yang jauh lebih besar dari tu ..seksa..memang seksa...sebab tu andai kata si isteri mendapat ajal ketika melahirkan anak..Tuhan kurniakan matinya mereka dengan mati syahid..Tok sah pegi jauh la..Cuba kita ambik batu yang berat lebih kurang 1 kg kemudian ikat kat perut..berapa lama kita leh tahan..Tapi isteri..... diorang kendong perut yang berat lebih dari l kg tu 9 bulan 10 hari..relax je..Sebab tu sampai bila2 pun lelaki takkan boleh nak buat ni..melahirkan anak..

2. Kasih sayang sepenuhnya pada anak2
Mungkin aku rasa..aku boleh je bagi kasih dan sayang pada anak2 lebih dari isteri aku bagi  kasih dan sayang pada anak2..Tapi hakikaknya yang aku kena terima...anak 2 lahir dari rahim isteri kita..Rahim hak Allah yang di persalinkan kepada ibu..Anak2 lahir dari rahim tu la..Anak2 lahir dari kasih sayang (rahim) ibu mereka..Aku sebagai suami takde rahim tu...tapi isteri aku ada.Tuhan kurnia kat isteri aku bukan kat aku...Dan aku memang akur akhirnya..realitinya aku mmg tak mampu nak lawan kasih dan sayang isteri pada anak2.. Isteri aku sanggup tak tido malam,semata-mata nak pastikan anak2 aku yang tak sihat dapat tidur dengan selesa...Kadang-kadang anak2 yang masih kecik ni yang kena selsema tak pandai lagi nak keluarkan selsema tu...tapi isteri aku sanggup keluarkan selsema tu dengan mulut dia sendiri...Kalau bawa pegi jumpa doktor..bila doktor kata xde apa2..aku rasa ok je..terus je la terima..Tapi isteri aku sanggup bergaduh-gaduh dengan doktor demi nak pastikan yang anak2 aku memang betul2 xde apa2..Biler mmg dah terbukti mmg xde apa2 baru dia puas hati..Tu pun lepas tu..pegi carik jugak mcam2 ubat untuk anak2 aku..Doktor tak kenal anak2 dia macamana...dia lagi kenal..Tu lar kasih sayang seoarang ibu terhadap anak2 nya..Memang suami tak mampu nak buat tu..

3. Kesetiaan pada suami sehingga ke akhir hayat..
Aku berani letak 99% isteri yang ada kat muka bumi ni memang akan setia dengan suami sampai bila-bila..Mcam yang aku dah citer sblm ni..biler seorang wanita dah terima seorang lelaki sebagai suaminya..Maknanya dia akan abadikan seluruh kehidupan dia pada suaminya..Tu la pun yang aku rasa..bole je isteri aku nak curang ngan aku dulu..bole je..tapi dia tak buat pun...sbb dia tau dia dah ada suami..bukan setakat itu je..tapi hati dan perasaan dia dah dimiliki oleh suaminya..Terlampau kuat sangat benteng tu..susah dah nak tembus oleh lelaki lain..Aku percaya perasaan tu takkan berubah selagi dia bernyawa..selagi dia bernafas..dan sebab tu pun dia terima aku sebagai suami dia..Tapi sebagai suami..agak2 bole ke aku setia sampai macam tu..

Sebagai seorang lelaki..naluri kelakian tu tetap ada..Tipulah kalau seoarang lelaki tak tertarik langsung dengan seorang gadis lain selain isteri dia..Terus terang aku cakap..seandainya tiba2 datang seorang perempuan yang hot kat aku nak berkenalan...mmg susah aku nak tolak...biasala lelaki..Susah nak jadi seoarang yang setia pada cinta ni..sebab tu la sifat lelaki..sifat fikrah seoarang bernama lelaki..

So..apa hadiah yang tak ternilai buat seorang isteri??
kepada suami2 di luar sana..sesungguhnya pengorbanan seorang isteri itu terlalu tinggi nilainya..Mereka sanggup menyabung nyawa untuk lahirkan anak2 kita..mereka sanggup berhujan,berpanas demi anak2 kita..mereka sanggup tinggalkan keseronokan dunia semata-mata untuk menjadi isteri kita hingga ke penghujung hayatnya...Tapi..xde hadiah yang paling bernilai yang mereka mahukan dari kita...melainkan
kesetiaan suami ke atas mereka..hingga ke akhir hayat.. kalau isteri boleh berkorban untuk kita,takkkan kita tak boleh..
Untuk itu...sedayanya..selagi isteri aku masih bernafas..selagi tubuhnya masih berdarah..dia la Isteri aku sampai bila-bila....

Saturday, April 20, 2013

FB tentang aku..

Salam..post kali ni akan buatkan korang jeles gila ngan aku..well..what can i say..tu lah realitinya..so nikmatilah hasil kerja aku kali ni..

Babak 1

Babak 2

Babak 3

Babak 4

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...