Insan Luhur

Kita hidup dengan Roh bukan dengan Jasad..

Sunday, August 07, 2011

Di sebalik Tanya Sama itu Hud-Hud..

Salam..jumpa lagi kita..Lama gak tak berblog..kali ni aku nak kongsi lagi bait lirik dalam satu lagi lagu.Kali ni lagu M.Nasir.. Tanya sama itu Hud-hud..Sebelum tu hayatilah dulu lagu M.Nasir ni..

Lirik Tanya Sama itu Hud-Hud (Di Tulis oleh M.Nasir sendiri)

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan

Yang sampai hanya satu jalan
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq

Yang sampai hanya tiga puluh
Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu
Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung

Yang mana satu engkau pilih

Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan

Di mana pula kau berdiri

Di sini
Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya

Berikan aku kesempatan akhir ini

Lai lai la lai la lai
Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang

Kui mengsikui

Kerna dia yang terbangkan ku ke mari

Burung Hud-Hud

Ok..banyak sebenarnya nak di ceritakan berkaitan dengan lirik ni.Yang penting jelas,M.Nasir (sekarang Datuk M.Nasir) bukanlah calang-calang orangya. Secara keseluruhan lirik ni menceritakan tentang Kisah burung hud-hud yang terkenal di Zaman Nabi Sulaiman yang merupakan burung pengintip Nabi Sulaiman yang mengkhabarkan kepada Nabi Sulaiman tentang kerajaan Ratu Balqis.Tapi bukan itu topik utama M.Nasir. 

Sebenarnya M.Nasir telah mengambil sebuah kisah yang  di ceritakan di dalam sebuah kitab yang bertajuk Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) yang di karang oleh Fairududdin Attar seorang yang berbangsa Parsi.Kitab ni menceritakan pengalaman beliau mencari Tuhan.Maka pengalaman itu di kisahkan melalui kisah sekawan burung yang di ketuai oleh burung hud-hud untuk mencari raja burung yang bernama raja Simurgh (si Muraq) di puncak Gunung Qaf (tempat berhentinya bahtera Nabi Nuh setelah banjir besar).Sekawan burung yang terdiri daripada beribu-ribu ekor burung ini perlu melalui 7 lembah sebelum sampai ke puncak Gunung Qaf. Daripada beribu-ribu burung,akhirnya hanya 30 ekor burung sahaja yang sampai ke puncak gunung Qaf. Akhirnya raja burung yang di maksudkan itu adalah Sang Khaliq dan Si Muraq itu didalam bahasa Parsi bermaksud 30 ekor burung.Rupanya perit jerih yang di lalui oleh 30 ekor burung itu adalah untuk mencari diri mereka sendiri.Dan jawapan itu di letakkan di dalam rangkap lang mensilang kui mengsikui (orang tak macam orang,hantu tak macam hantu).Dalam erti kata lain Tuhan itu tidak berupa.

Kisah ini sama seperti yang di lalui oleh seorang ulamak besar Indonesia yang bernama Hamzah Fansuri sehingga terkeluar dari mulutnya apa kala melalui pelbagai dugaan di dalam mencari Tuhan.. "ke Mekah sudah ke Madinah sudah..akhirnya bertemu di dalam rumah" (kisah ini di nukilkan juga oleh M.Nasir dalam lagu nya Kias Fansuri).Kesimpulanya adalah seperti mana falsafah yang paling terkenal  dalam ilmu ketauhidan iaitu "Kenalilah dirimu rata-rata maka Kenallah Tuhan yang nyata.Apabila kenal Tuhan yang nyata maka binasalah kamu..."

Bagaimanapun M.Nasir tidak membiarkan lirik ini berkisar tentang mencari Tuhan semata-mata sebaliknya beliau telah seimbangkannya dengan satu hadis Rasulullah yang di riwayatkan oleh Al_tarmidzi di dalam rangkap yang pertama ( 73 pintu,73 tiga jalan,yang sampai hanya satu jalan) yang berbunyi  
"Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah-pecah umatku sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi dan Nesrani dalam ugama mereka. Berpecah umatku menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (sahaja) masuk Syurga.
Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu yang mengikut jalanku (yakni, sunnah beliau atau as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku yang benar lagipun diberi petunjuk oleh Allah."

 Amat jelas di sini,untuk mencari Tuhan hendaklah kita berilmu.Untuk berilmu hendaklah kita berguru.Dalam hadis ini Rasulullah menjelaskan 72 golongan dari umatnya bukanlah dari golongannya kerana mereka mencari Tuhan tetapi tidak mengikut jalannya (Jalan Muhammad). Dalam erti kata lain mereka mahu menjadi hamba Allah tetapi tidak mahu menjadi Umat Muhammad s.a.w (kekasihNya). Oleh sebab itu hendaklah kita berguru dengan guru yang bersanadkan Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya (r.a) kerana itulah juga nama lain bagi Ahli sunnah wal jamaah(yang mengikut sunnah dan perjalanan rasulullah dan para sahabat) supaya kita dapat mengenal Tuhan melalui jalan Muhammad s.a.w(ada Allah tetap ada Muhammad).Dan sebab itu lah apakala sang algojo (si pemancung kepala) kiasan untuk Malaikat Maut melaksanakan tugasnya,kita mohon kesempatan untuk mengucapkan kalimah yang sebenarnya (kalimah tauhid -nafi dan isbat dan kalimah rasul-sunnah wal jamaah) iaitu kalimah syahadah...
 

Tuesday, June 14, 2011

PTM FC dalam Pro Evo Soccer 2011 (PES 2011)

Salam,aku sebenarnya bukanlah kaki Games pun.Tapi aku rasa agak teruja dengan games PES 2011 ni sbb boleh edit2 ikut sesuka hati.PES 2011 ni sebenarnya di bina oleh Syarikat Jepun iaitu KONAMI.Games ni jugak merupakan pesaing utama bagi games FIFA 2011 yang di bina oleh EA Sports. Tapi pada pendapat peribadi aku,PES 2011 paling best.Bukan setakat graphic je tapi pergerakan dia lebih real kalau nak compare dgn FIFA 2011.Lagi satu PES 2011 ni ramai yang dah buat patch nya.Yang paling best ,siap ada patch utk team dan liga Malaysia lagi.So selain EPL korang leh layan gak Liga Super Malaysia kat dalam PES 2011.Pilih la team yang korang suka,Negeri Sembilan ke Selangor.Macam Asmadi Jumaian pulak yang fanatik dengan team Johor,jgn risau Liga Perdana Malaysia pun ada.
Apa yang aku nak kongsi ngan korang,dengan kemudahan yang ada dalam PES 2011 aku telah berjaya menghasilkan patch untuk team PTM FC.Siap aku masukkan dalam Liga Super Malaysia lagi.Muka2 korang semua ada.Tade la sebijik sangat..tapi ada sikit2 rupa korang..aperpun korang layan la beberapa image yang aku sempat capture

Khairul Nizaar Sumali
Khairul Nizaar dan Nasir Halim
Paklong
Pak Long lagi
Pokli
Radzif dan Paklong
Radzif Score Goal
PTM FC vs Barcelona
Adib Atot
Mail
Syazwan
Aidil

Wednesday, June 01, 2011

WWE Superstar versi PTM

Salam..hampir setengah tahun aku berhenti berblog..Atas permintaan ramai..akhirnya..aku kembali!!!. Harap penantian korang semua selama ini berbaloi ye..So..sebelum aku meneruskan topik aku,aku nak ucapkan tahniah kepada pasangan  Mari Menari versi PTM iaitu pasangan Amirul dan Nasir..Begitu juga superhero pilihan ramai iaitu UltraNad kerana telah memenangi undian bagi kategori masing2.Hadiahnya akan di umumkan pada post akan datang..Harap bersabar ye...
Ok..post aku kali ni..mari kita lihat wwe  superstar versi PTM..jgn risau semuanya lelaki..tak tergamak aku nak buat kategori wanita..huhu..ok..nikmatilah..huhu


Nama : Amirul Falanee 
Gelaran : Hulk Hogan
   Tagline : Hurm..tak cower
Nama:Kasyful Najwan
               Gelaran : Jerry The King Lawler 
Tagline : I'm the king

Nama : Lan Tensai
Gelaran : Funaki
             Tagline : Apa pun tak boleh




Nama : Nasir Halim
Gelaran : Ric Flair 
Tagline : Wooo!!


Nama : Ahmad Fazli
Gelaran : Mick Pokli
Tagline : Adik rindu abang


Nama : Syazwan Abdul Rahman 
Gelaran : Kurt Angle
Tagline : abang rindu adik juga


Nama : Paklong
Gelaran : Goldust
                   Tagline : Beli emas dgn kak win


Nama : Asmadi Jumain
Gelaran : Booker T
           Tagline : Can U dig it Sucka..


Nama : En Zahar
Gelaran : Great Khali 
Tagline : Bole je
          Pengurus : Adib the Tamadun


bersambung.....


Sunday, January 23, 2011

Sufi - Damasutra

Salam... post kali ni aku nak kongsi sikit tentang keratan bait2 kata yang telah di zahirkan dalam lagu yang dipopularkan oleh Damasutra bertajuk Sufi..Sebelum tu meh kita berhibur sambil dengar lagu Sufi ni..

Nak ulas sumer lirik nya,tinggi sangat bukan level aku..aku ambik sikit je la.Tu pun sebab aku pernah dengar daripada Guru.. tak paham pun..

Kau menguasai selautan
Yang tersembunyi di genggaman
Nafi dan isbat kau sandingkan
Sebagai tali pegangan 

Secara keseluruhan, lirik ni menceritakan tentang kecintaan sufi kepada Allah sehingga dunia sudah tiada baginya..dalam erti kata lain Rijalul Ghaib. Hakikatnya seperti mana kata-kata hikmat yang sangat popular  di kalangan ahli sufi : "Kenalilah dirimu rata-rata,maka kenallah Tuhan yang nyata,Kenal Tuhan yang nyata maka binasalah kamu". Dengar2 cerita orang je.. tak paham pun .Tapi bukan tu yang aku nak kongsi..tinggi sangat tu..tak sampai lagi pun.Aku nak kongsi tentang Nafi dan Isbat. Apa yang Nafi apa yang Isbat?

Maka segalanya ada dalam kalimah Tauhid la ilaha illallah.Dalam Bahasa Melayu ia berbunyi "Tiada Tuhan melainkan Allah".Kata Guru..kita ni kafir dulu baru islam sebab dalam kalimah tauhid kita citer Tiada Tuhan dulu..Jadi "Tiada Tuhan" tu adalah nafi dan "Melainkan Allah" tu adalah isbat.Apa yang kita nafi? Ikut kata Guru.. ada 3 perkara ghaib yang kita kena percaya iaitu Allah,Malaikat dan Iblis..Maka yang nak kita nafikan tu adalah 2 darinya iaitu Malaikat dan Iblis(La ilaha) dan Allah tu yang di isbatkan (Illallah).. Samada kita percaya atau tidak ramai di kalangan kita termasuklah aku belum lagi sampai peringkat Nafi tu..bila dah sampai peringkat nafi dengan sendirinya sampailah kita ke peringkat Isbat (illallah) tu.Jadi sesuai sangat lirik lagu ni bila nafi dan isbat di sandingkan,sebagai tali pegangan.Percayalah kita masih takut pada selain dari Allah dan kita masih bergantung pada selain dari Allah. Macamana nak sampai peringkat nafi dan isbat tu.Maka sebab tu lah berlakunya bai'ah Kalimah Tauhid dan Kalimah Rasul oleh Rasulullah ke atas sahabat-sahabat dan ahlul bait nya apakala keislaman itu di persoalkan oleh seorang yahudi yang memeluk islam bernama Abdullah bin Salam.Macamana dengan kita..nak bai'ah macamana Rasulullah dah takde..sape cakap rasulullah dah takde..Baginda cuma berpindah alam je dari Alam dunia ke Alam Barzakh..dia tetap ada..pewarisnya adalah ulama.Maka berbai'ah la kita dengan ulama yang susur galur ilmunya sampai kepada Rasulullah (guru yang muryid)..Hanya berkat dari rasulullah sahaja yang mampu memecahkan tembok nafi tu..sebab tu lah setiap kalimah tauhid pasti ada kalimah rasul..Pesan Guru lagi..Jangan la hanya mengenal Allah sebab baru sama dengan malaikat..sebaik-baik kejadian adalah manusia..Maka jadilah manusia ...kenal Allah dan KekasihNya..err...aku cuma ulang balik apa yang guru aku cakap je..tak pandai pun..huhu..Takat ni je la untuk kali ni..lepas ni aku akan teruskan posting2 yang korang suka,saja je aku nak kongsi2 dalam posting kali ni..mana yang elok tu korang ambik la..yang tak elok tu buang la jauh2 je.So macam biasa.. yang baik tu hanya dari Allah dan yang buruk lagi hina tu dah pastinya aku bahasakan kepada diri aku sendiri..





 

Friday, January 14, 2011

AL-Fatihah buat sahabatku..

Tanggal 14 January 2011 bersamaan dengan 8 Safar 1432 bersamaan dengan hari JUMAAT maka sahabatku Allahyarham Mokhtar bin Mat Som telah kembali ke rahmatullah.

Arwah Mokhtar telah mengalami pendarahan otak di sebabkan tekanan darah tinggi yang melampau ketika melakukan kerja-kerja elektrik di Rasah,Seremban. Di masukkan ke hospital Seremban pada 11.1.11 dan ditempatkan di wad 7A katil 21.Sebelum ini aku sendiri di masukkan ke hospital Sg.Buloh di sebabkan denggi pada 1.1.11 dan ditempatkan di wad 7D katil 21 (awaluddin makrifatullah).Ada sesuatu yang ingin di sampaikan oleh Penentu Takdir yang Maha Berkuasa.
Semasa hayat, arwah Mokhtar merupakan sahabat sepersilatan aku.Arwah merupakan pen.penyelia kelas Silat Cekak di KPM,Beranang yang sepatutnya bermula pada 14 January 2011 iaitu tarikh yang sama dengan hari pemergiaannya.Arwah juga merupakan Penolong Ketua Penerangan PSSCMCNS(Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cwgn Negeri Sembilan) di bawah Jabatan Penerangan PSSCMCNS yang di ketuai oleh aku sendiri sebagai Ketua Penerangan PSSCMCNS.
Arwah seoarang yang jujur samada dalam kata-katanya mahupun perbuatannya.Pemergiannya amat di rasai oleh semua ahli2 PSSCMCNS.Yang paling menyedihkan arwah meninggalkan seorang balu yang baru dikahwininya lebih kurang 3 bulan yang lalu dan dikatakan sedang mengandung selama 2 bulan lebih.Aperpun itulah ketentuan takdir.Itu habuan dia..habuan kita tak tahu lagi macamana.Maka tiada apa yang boleh aku lakukan hanya doa dan hadiah isitmewa berupa Al-Fatihah buat arwah.Semoga roh arwah Mokhtar Mat Som di tempatkan bersama-sama roh orang2 yang beriman..Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...