Insan Luhur

Kita hidup dengan Roh bukan dengan Jasad..

Monday, December 06, 2010

Rakan-rakan sepejabatku part 1



Rakanku ini namanya Asmadi bin Jumain.Rakan2 lain panggil dia madi.Banyak lagi gelarannya... antaranya yang paling latest pak abu (geng surau) selain dari tu dia juga dipanggil kogoro madi (pakcik konan),rama-rama dan ultraman madhu.Memang rapat gak ngan aku.Dia start keje kat USIM sekitar tahun 2005 tak salah aku.Masa tu kat Pandan Indah..dekat2 nak pindah Nilai la masa tu.Si Madi ni juruteknik di Unit Rangkaian.Baru je mendirikan rumahtangga..yang penting dia ikut nasihat aku sebelum memilih isteri iaitu pastikan bakal isteri tidak ada loan bank rakyat sebab Madi ni nak beli rumah tapi taknak potong duit gaji dia,so potonglah gaji bini dia..sebab tu kena pastikan tu..haha...satu lagi madi ni tak lokek..dia kalau ader duit selalu belanja orang makan..yang terbaru ni dia belanja kami makan kat rumah bini dia kat Johor masa hari kahwin dia..tapi aku tak dapat nak join sebab ader hal..tapi insyaallah hadiah akan menyusul.Aperpun aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru ye En Madi...


Yang ni lak namanya Mohd Firdaus Muhd Ramli.Nama manjanyer gigi..orang Melaka.Dulu dia pelakon tapi tak laku.Tapi bila masuk je USIM aku ambik dia jadi pelakon utama dalam sketsa aku yang bertajuk Daus Kundang.Akhirnya dia kembali popular seperti dulu.Si gigi ni sebenarnya tokey kambing..bukan takat kambing je..kolam ikan pun dia ader..Merasala jugak aku makan ikan tilapia free masa dia nak keringkan kolam ikan dia dulu.Masa keta aku tersadai ssebulan kat workshop masa accident dulu dia la yang tolong tumpangkan keta dia gi opis.Kira suka menolong la kiranya mamat ni.Yang terbaru ni aku dengar pak mentua dia kat ICU..so aku doakan semoga pak mentua dia cepat sembuh..banyak2 kan la berdoa ye gigi..


 *sesungguhnya gambar ini adalah orang yang berbeza dengan gambar dalam post yang pertama
Nama jejaka ni Khairul Nizaar Sumali.Dia masuk USIM lebih kurang je ngan Madi.Kerol ni (nama manja) banyak adik beradik kat USIM.Antaranya Naza Bendahari,Ustaz Zainul Rijal,Ahmad Muzammil dan Yusof Sumali.Tu kat dalam USIM.Kalau kat luar USIM lak.. Afdlin Sauki,Harith Iskandar,Datuk Seri Najib,Laki Juma (Datin Norjuma) dan Adibah Noor.Kerol ni mula2 masuk,jawatan dia Juruteknik tapi sekarang..dia dah jadi Penolong Pegawai IT..ye lar ader Diploma takkan nak simpan ye tak..Kerol ni suka jelir2 lidah..memang dah tebiat dia.Tak caya tengokla gambar kat atas nun..
Yang ni pulak nama dia Ahmad Fazli bin Ismail. Ramai kawan2 panggil dia Pokli.Pokli ni memang orang seremban.Dia masuk USIM tak salah aku dalan tahun 2008 kot.Orangnyer mmg sangat penyabar.Dia ni penyelia Juruteknik kat Unit Perkakasan.Pokli ni dulu botak..ader rambut pun kat tepi2 je,tu pun warna putih.Tapi selepas mendapatkan rawatan Yun Nam,rambut pokli dah semakin ramping..siap belah tengah lagi tu.Lagi satu pokli ni mmg ramai dah tau,kalau dah tua macamana muka dia..kalau tak sebut pun sumer tau... macam En Idris takyan
*pokli sedang mencuba memakai topeng En Idris



Seterusnya ini Mohd Syazwan bin Hj Abd Rahman.Nama timangan takde.Tapi aku suka panggil dia Conan sebab muka dia ala2 detektif conan yang kartun jepun tu.Syazwan ni lemah lembut orangnyer.Dia duduk kat sebelah pokli.Jawatan dia Juruteknik kanan.Masuk USIM pun lebih kurang Madi ngan Kerol. Aku memang selalu lepak kat bilik dia terutama masa rehat kul 1.Sebab masa tu dia tengah tido.Nampak jambu je masa dia tido..mcm gambar kat atas nun..Tapi biasanya sebelum tido dia akan pakai baju tido yang jarang2 tu..pokli pun selalu gak pakai.Syazwan ni dah tunang dah pun.Insyaallah tahun depan kahwin.Aku doakan semoga tabah menghadapi dugaan bertunang dan selamat hingga sampai ke jinjang pelamin..

BERSAMBUNG........

2 comments:

teruskan usaha murni anda.. ramai lagi rakan-rakan yang masih perlu diceritakan disini..kami semua menanti hasil nukilan dari anda.
 
BAGUIH DOK ADA !!.. ^_^
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...