Insan Luhur

Kita hidup dengan Roh bukan dengan Jasad..

Friday, December 17, 2010

Cara-cara nak cover malu bila terjatuh


  1. Kalau tersepak batu
    Jangan terus bangun, sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai. Lepas tu baru bangun bila tiada orang nampak
  2. Kalau terjatuh daripada basikal
    Cepat-cepat naik semula basikal anda dan jatuhlah lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda sedang berlakon atau saja-saja buat lawak
  3. Kalau terjatuh tangga
    Terus bersilat seolah-olah anda sedang dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus
  4. Kalau terjatuh dalam longkang
    Pungutlah sampah yang ada di dalam longkang tersebut sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.
  5. Kalau jatuh ketika hendak menaiki bas
    Jeritlah sekuat hati, “Oi! Apa tolak-tolak ni?” walaupun tiada orang di belakang anda
  6. Kalau terjatuh di hadapan bus stop
    Terus buat-buat pengsan sehingga ada orang datang membantu anda. Sekiranya tiada, baring terus sampai malam dan jika tiada orang lagi di bus stop itu.. haa.. ni lah masa sesuai untuk bangun semula!
  7. Kalau jatuh tergelincir akibat lantai licin (kalau ada orang kat sebelah)
    Tarik kawan(atau sesiapa yang ada bersebelahan anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tidaklah anda sorang sahaja yang mendapat malu  
  8. Kalau jatuh tergelincir akibat lantai licin (kalau xde sape2 kat sebelah anda)
    Terus menjerit kat sesiapa yang ada kat situ , " Jangan risau..aku memang nak wat camni " 

3 comments:

tp kalau JATUH HATI...?????
 
radzif aku tau ko penah jatuh motor.. awat takdak tips utk jatuh motor.. hahahaha
 
tapi kan radzif, kalau la org tu jatuh depan Unit Aplikasi Pelajar bersama payung kite kene buat mcm mana ek...hahaha
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...