Ok..bertemu kembali..post kali ini memang lain dari yang lain.Kali ni aku akan post sesuatu yang tak pernah terfikir oleh aku sendiri.Dalam erti kata lain kira percubaan berani mati la..Sebelum apa2 aku mintak maaf banyak2 pada sesiapa yang terlibat.Ok.. mari kita mulakan.
Berikut adalah senarai superhero wanita yang ada di pejababatku :
1. SpiderMazni
Superhero ini masih mengekalkan ciri-ciri wanita timur.Kebolehannya sama dengan spiderman tapi spiderman tu memang takde kena mengena pun dengan dia.Kelebihannya dia boleh melekatkan diri di mana-mana.Jasanya yang paling penting ialah memasang tali tiang bendera di depan bangunan PTM.Kalau xde dia dah tentu tiang bendera tu tinggal tiang je tanpa benderanya.Tapi akhir-akhir ini dia seperti menyepi diri sebab tu bendera PTM sudah tidak kelihatan lagi di tiangnya..
![]() |
SpiderMazni sempat bergambar bersama anak kesayangannya ketika pulang sebentar ke rumahnya untuk makan tengahari (gambar dirakam 3 tahun yang lepas) |
BatNor adalah superhero yang sukar untuk diramalkan kebolehannya.Walaupun bertubuh kecil tetapi dia telah banyak menyelamatkan orang.Antara yang paling tidak dapat di lupakan ialah ketika dia membantu En Syazwan mengambil printer yang diletakkan di atas rak yang tinggi.Dengan keadaan En Syazwan yang katik itu,tidak memungkinkan dia melakukan tugasan itu.Untuk itu,dengan menggunakan kelebihan BatNor yang boleh terbang maka dia berjaya membantunya.BatNor juga masih mengekalkan ciri-ciri wanita timur dalam dirinya..
![]() |
bergambar sejurus sahaja selepas membantu En.Syazwan |
![]() |
En.Syazwan |
Superhero ini akan sentiasa di ingati kerana kehebatannya memformat 40 pc di makmal FST dalam masa 0.001 saat.Bukan setakat PC sahaja,bosnya En.Fazli pun habis di formatnya sehingga en.fazli yang dah tua bangka bertukar menjadi muda kembali.Aperpun UltraNad juga masih mengekalkan ciri-ciri wanita Timur
![]() |
Disebabkan terlalu sibuk UltraNad tak sempat nak hantar dobi pakaiannya |
![]() |
En Fazli bagai tidak percaya kerana bertukar muda (gambar kecil : masa tua bangka) |
Inilah satu2 nya superhero yang telahpun bersara dari dunia superhero.Ketika masih berkhidmat sebagai superhero dia telah melakukan jasa yang sangat besar dan yang paling besar ialah menukarkan tayar kereta Kak Muna (rakan seopis) yang telah bocor.Bukan satu tapi dua tayar..Satu tayar menggunakan tayar spare..satu lagi tayar dia mengambil(bukan curik) tayar depan kereta Madi.Jadi superhero ini bukan sahaja kuat malah bijak jugak.Selepas dia bersara tempatnya digantikan oleh SuperNasir sebelum SuperNasir sendiri pula yang bersara.Superhero ini juga masih mengekalkan ciri2 wanita timur..
![]() |
hari terakhir sebelum bersara |
Kesemua superhero di atas sebenarnya telah di ketuai oleh seorang lelaki yang bernama Mayat The Misai..
![]() |
Mayat The Misai |
0 comments:
Post a Comment