Urmm..apekejadahnya aku nak bicara pasal akad nikah lak ni.Macam nak tambah cawangan lak..huhu..Percayalah kepada sesiapa yang sudi membaca blog ku ini..Aku seorang yang setia..xdo kojo aku nak tambah-tambah der..cukupla sorang.Anda..tak percaya?? kalau tak caya..tanya la aku..Hah apo laie tanyo la..huhu
Yang membezakan manusia dan haiwan adalah Akad Nikah..Haiwan kawin..manusia pun kawin..tapi depa takdak nikah..kawin pun ikut suka hati mak bapak depa je..kat mana2 pun jadi..Tapi nak wat camner dah nama pun haiwan..Tak heran pun..manusia pun ada gak yang camtu..
Kalau tengok secara mata kasar..macam mudah je akad nikah ni..Tok Imam(bukan pokli) dan si lelaki akan duduk mengadap-ngadap..sementara si perempuan duduk di tepi sambil tersipu-sipu malu sambil ditemani bapa tercinta disebelahnya..Maka apakala tok imam menghulurkan tangan, si lelaki dengan hati yang berdebar-debar menyambut tangan Tok Imam."sipolan bin sipolan" lantas si lelaki menjawab "saya".Diteruskan oleh tok imam "Aku nikah akan dikau dengan sipolan binti sipolan dengan berwakil walikan kepadaku dengan mas kawin nyer .............. tunai/hutang" lalu Tok Imam menggoncangkan tangan si lelaki sebagai isyarat untuk menjawab.Maka jawab si lelaki dengan satu nafas "Aku terima nikah dengan sipolan binti sipolan dengan mas kawinnya .......... tunai/hutang". Jika saksi2 yang ada mengatakan sah..maka rasmilah si perempuan menjadi isteri si lelaki..Mudahkan..
Tapi benarkah semudah itu..apa yang berlaku sebenarnya sebentar tadi ?.Adakah hanya sekadar lafaz di mulut? Itu yang berlaku secara zahirnya.Hakikatnya..apakala tok imam melafazkan nikah..bahu bapa kepada si perempuan sedikit demi sedikit menjadi ringan..dan.. apakala si lelaki selesai menjawab lafaz nikah tersebut.satu fenomena yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar telahpun berlaku di mana segala beban ke atas si perempuan yang ada pada bahu bapanya sedang di persalinkan kepada bahu si lelaki dan apabila saksi mengesahkan lafaz itu,proses persalinan itupun selesai ..Maka berpindahlah dengan rasminya beban itu kepada si lelaki. Dan..dengan tidak semena-mena air mata si perempuan tiba-tiba mengalir.Si perempuan pun tidak mengerti kenapa perlu dia mengalirkan air mata.Maka itulah yang di namakan perasaan semula jadi yang begitu unik di sebabkan fenomena persalinan dari rusuk kiri ke rusuk kiri lelaki yang lain tadi.
Selepas itu si lelaki akan menanggung.segala apa yang di lakukan oleh isterinya samada baik mahupun buruk Dan...apabila sampai masanya segala apa yang di tanggung itu..akan di jawab pula si lelaki kepada PenciptaNya..Maka itulah yang di namakan TANGGUNGJAWAB.Di dunia si lelaki yang menanggung dan di akhirat pula si lelaki jugalah yang akan menjawab.Jika si isteri keluar tanpa izin suami..si lelaki yang kena tangung..jika si isteri membuka aurat..si lelaki yang kena tanggung..jika si isteri menyakitkan hati orang lain..si lelaki yang nak kena tanggung..jika si isteri menderhaka pula kepada si lelaki..si lelaki jugalah yang kena tanggung..Dan segala apa yang di tanggung itu akan di jawab pula bila tiba masanya.
Jadi persoalannya...adakah akad nikah adalah sesuatu yang mudah.Ya..mudah pada zahirnya tapi berat pada batinnya..Jadi kepada yang bakal berkahwin dan yang dahpun berkahwin sesungguhnya akad nikah itu ibarat meletakkan lori 5 tan di atas bahu anda..maka janganlah kita lepaskan kerana lori itu hanya boleh di letakkan di bahu kita sahaja.letaklah di bahu orang lain dia akan kembali semula kepada kita..aperpun jangan takut nak bernikah sebab itu adalah jalan Muhammad s.a.w.Dan..isteri itu bukanlah satu beban kepada kepada kita tapi..ANUGERAH.Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu sudah pasti dari aku..insan yang amat hina ini.
0 comments:
Post a Comment