Insan Luhur

Kita hidup dengan Roh bukan dengan Jasad..

Thursday, April 18, 2013

Kisah 10 budak hitam...

Salam.. tetiba plak teringat tentang kisah 10 budak hitam mandi sungai yang selalu di ceritakan oleh Almarhum Guru..Masa tu tahun 1986 umur aku baru 8 tahun..budak lagi..


Kata Guru..ada kisah 10 budak hitam sedang asyik mandi manda di sungai.Sehingga sampai ketika mereka ingin pulang.Sebelum pulang ke rumah..salah seorang pun mengira rakan-rakan yang lain..Alangkah terkejut nya beliau bila mendapati jumlah mereka tinggal 9 orang sahaja sedangkan jumlah mereka semua 10 orang..Lalu budak hitam yang lain pula mengira..tetap sama 9 orang.Semua budak hitam pula mengira..memang betul tinggal 9 orang je..Lalu mereka pun semua menangis kerana dah kehilangan seorang kawan. Pada ketika mereka menangis tu..tiba-tiba datang seorang tua dan bertanya,lalu mereka mengatakan yang mereka hilang seorang kawan ketika mandi sungai tadi..Orang tua tu bertanya berapa jumlah mereka sebenarnya,mereka pun jawab 10 orang..Lalu orang tua tu pula mengira..alangkah terkejutnya..sebab jumlah mereka memang 10 orang..xde siapa pun yang tertinggal...Rupa-rupanya ketika budak -budak hitam tu mengira,dia terus mengira kawan-kawannya tanpa terlebih dahulu mengira diri nya sendiri. Sebab tu jumlahnya kurang seorang sebab tak termasuk dirinya sendiri...

Cerita yang simple..tapi terlalu tinggi moralnya..Mula-mula aku mcm tak berapa faham apa sbnrnya tujuan beliau menceritakan kisah ini..Akhirnya setelah melalui kehidupan agak sekian lama..sehingga umur aku ketika ini kian menginjak ke 35 tahun,sedikit demi sedikit aku mula faham. Aku lihat diri aku sendiri..Terlampau banyak sangat masa nak tengok kelemahan orang lain..orang tu tak betul..orang ni tak betul..orang tu buat salah...orang ni buat salah.. sampai aku takde masa nak tengok kelemahan diri aku sendiri..Adakah matlamat aku sebagai hamba Allah dah tercapai..Betul ke solat yang aku buat selama ni..Tuhan terima ke..Faham ke apa yang aku buat dalam solat..kenapa aku kena berdiri lurus..kenapa ketika takbir tapak tangan kena mengadap ke arah kiblat..kenapa alfatihah wajib dalam sembahyang..ayat lain x bole ke..Banyak lagi tentang diri aku..yang aku x selesaikan lagi rupanya..Tu baru bicara pasal solat..belum lain-lain lagi..Dan aku banyak menangis pasal orang lain..sampai aku xde masa nak menangis untuk diri sendiri.. Banyak lagi tentang diri aku yang aku tak selesaikan..Sepatutnya aku kena risau dengan diri aku..sempat ke aku lengkapkan diri aku sebelum aku balik pada Tuhan nanti..Tuhan terima ke  aku sebagai hambaNya..

So kesimpulannya..aku kena risau dengan diri aku sendiri..aku kena menangis tentang diri aku sendiri..aku kena tengok kesalahan diri aku sendiri..sebelum aku risau tentang orang lain,menangis pasal orang lain dan tengok kesalahan orang lain...Jauh lagi tu..Mudah-mudahan Tuhan bagi pentunjuk dan Hidayah..


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...