Thursday, December 09, 2010
Keramat Ibu
Keratan lagu Ayah dan Ibu - Allayarham Sudirman hj Arshad
Ayah dan ibu
Wali -wali keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Pakailah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat
Keratan lagu Bonda - M.Nasir
Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi
Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu
Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu
Oh! bonda
bonda
Permula kata yang biasa aku dengar dalam beberapa ucapan
"Alhamdulillah.. bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya,berkat kekasih-Nya Rasulullah s.a.w, keramah dan hikmah kedua Ibu dan Bapa kita......"
Kali ni aku nak berkongsi dengan semua tentang keyword Keramah/Keramat Ibu.Bukanlah bermakna aku faham sepenuhnya tentang itu.Aku memberi pendapat berdasarkan pengalaman aku berguru dengan seorang guru. Bermula dengan berguru dengan cikgu sekolah sehinggalah sekarang..aku masih berguru.Aku berguru sebab aku cetek ilmu.Aku tidak layak untuk memiliki ilmu Ladunni ( ilmu terus dari Allah) seperti Nabi Khidir sebab tu aku kena berguru.
Pada ibu ada keramat.Keramat tu biasanya hanya ada pada para aulia,anbiya atau dalam erti kata lain wali2 Allah dan para Sahabat Nabi(r.a).Keramat tu maknanya sesuatu perkara yang mencarik adat (luar biasa) yang Allah kurnia kepada para wali2 Nya.Wali -wali Allah dan para Sahabat nabi(r.a) ni tak pernah mintak pun tapi Allah kurnia untuk membuktikan kewalian masing-masing.Jadi..adakah seseorang yang bergelar ibu ni mempunyai taraf yang sama dengan wali.Maka persoalan tu lah yang berlegar di fikiran aku sebelum ini.Namun dari kata-kata dan nasihat dari seorang Guru,setelah berkali-kali malah bertahun-tahun aku mendegarnya maka inilah yang akan aku kongsi dengan semua.
Di antara kita dan ibu kita,maka ibu ibarat wali di sisi Allah.Keramah yang Allah kurniakan kepada ibu adalah hakNya iaitu Rahim(kasih sayang)..Rahim tu hak Allah iaitu sifatNya.,Maka di kurniakan kepada Ibu dan secara simboliknya menjadi tempat kita bersemayam di dalam perut ibu yang dinamakan rahim sebelum kita di lahirkan.Apabila kita lahir sahaja,maka itu dikatakan kita di lahirkan dari rahim ibu atau dalam bahasa lebih mudah kita di lahirkan dari Kasih Sayang ibu.Maka dari keramah Allah itulah kita dilahirkan.Begitu hebatnya Rahim kurniaan Tuhan kepada ibu sehingga kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya melebihi kasih sayang kepada dirinya sendiri.Dan itulah dinamakan perkara yang sangat luar biasa ataupun sesuatu yang mencarik adat.
Sebab tu dalam Quran dan Sunnah terlalu banyak ayat2 yang memerintahkan untuk kita menghormati ibu.Ingat... Tuhan perintah bukan minta.Maka bila perintah..itu adalah wajib.Jadi adakah anda nampak sampai begitu tinggi Tuhan letakkan darjat seorang ibu.. sehingga Syurga yang begitu luas kalau ditakdirkan untuk kita,Tuhan letakkan di bawah telapak kaki seorang ibu bukan di tapak tangannya,bukan dilututnya tapi anggotanya yang paling bawah,tempat dia memijak mijak iaitu di bawah telapak kakinya.Begitu hinanya kita di sisi Ibu kita.Persoalannya..layakkah kita merasa lebih pandai dari ibu kita walaupun ibu kita tak pernah sekolah,layakkah kita rasa kita lebih hebat dari ibu kita.Terlalu jauh bezanya kalau nak dibandingkan kita dengan Ibu.Tuhan tak kurniakan RahimNya kepada kita tapi Dia kurniakan hanya kepada seorang yang bernama Ibu.
Namun setinggi-tinggi darjat yang Tuhan letak pada seorang Ibu,seluas-luas syurga kalau ditakdirkan untuk ibu ,Tuhan letak di bawah telapak kaki suaminya.Iaitu insan yang bernama ayah.Sebab itu pada ayah ada hikmat.Maka keramah pada ibu dan hikmah pada bapa tu lah yang akan membawa kita kepada Jalan Rasulullah s.a.w. Kalau yang kita nampak depan mata pun tak mampu kita nak kasih dan sayang apatah lagi Rasulullah s.a.w yang langsung kita tak pernah jumpa tu.Jangan tanya aku bagaimana pula dengan ibu2 yang buang anak dan ayah2 yang hisap dadah dan kaki judi..Jawapannya ada dalam diri kita.Carilah Guru..insyaallah segalanya akan terjawab
Segala apa yang tercoret di atas adalah peringatan kepada diri aku sendiri.Kalau ada sesiapa yang kena tempiasnya,maka sama2 lah kita renungkan..Sesungguhnya yang buruk itu sudah pastinya aku bahasakan kepada diri aku yang hina ini dan yang baik itu..hanya dari Allah..Tuhan sekalian alam.
Posted by
Radzif Razali
at
11:57 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment