Insan Luhur

Kita hidup dengan Roh bukan dengan Jasad..

Sunday, August 07, 2011

Di sebalik Tanya Sama itu Hud-Hud..

Salam..jumpa lagi kita..Lama gak tak berblog..kali ni aku nak kongsi lagi bait lirik dalam satu lagi lagu.Kali ni lagu M.Nasir.. Tanya sama itu Hud-hud..Sebelum tu hayatilah dulu lagu M.Nasir ni..

Lirik Tanya Sama itu Hud-Hud (Di Tulis oleh M.Nasir sendiri)

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan

Yang sampai hanya satu jalan
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq

Yang sampai hanya tiga puluh
Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu
Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung

Yang mana satu engkau pilih

Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan

Di mana pula kau berdiri

Di sini
Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya

Berikan aku kesempatan akhir ini

Lai lai la lai la lai
Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang

Kui mengsikui

Kerna dia yang terbangkan ku ke mari

Burung Hud-Hud

Ok..banyak sebenarnya nak di ceritakan berkaitan dengan lirik ni.Yang penting jelas,M.Nasir (sekarang Datuk M.Nasir) bukanlah calang-calang orangya. Secara keseluruhan lirik ni menceritakan tentang Kisah burung hud-hud yang terkenal di Zaman Nabi Sulaiman yang merupakan burung pengintip Nabi Sulaiman yang mengkhabarkan kepada Nabi Sulaiman tentang kerajaan Ratu Balqis.Tapi bukan itu topik utama M.Nasir. 

Sebenarnya M.Nasir telah mengambil sebuah kisah yang  di ceritakan di dalam sebuah kitab yang bertajuk Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) yang di karang oleh Fairududdin Attar seorang yang berbangsa Parsi.Kitab ni menceritakan pengalaman beliau mencari Tuhan.Maka pengalaman itu di kisahkan melalui kisah sekawan burung yang di ketuai oleh burung hud-hud untuk mencari raja burung yang bernama raja Simurgh (si Muraq) di puncak Gunung Qaf (tempat berhentinya bahtera Nabi Nuh setelah banjir besar).Sekawan burung yang terdiri daripada beribu-ribu ekor burung ini perlu melalui 7 lembah sebelum sampai ke puncak Gunung Qaf. Daripada beribu-ribu burung,akhirnya hanya 30 ekor burung sahaja yang sampai ke puncak gunung Qaf. Akhirnya raja burung yang di maksudkan itu adalah Sang Khaliq dan Si Muraq itu didalam bahasa Parsi bermaksud 30 ekor burung.Rupanya perit jerih yang di lalui oleh 30 ekor burung itu adalah untuk mencari diri mereka sendiri.Dan jawapan itu di letakkan di dalam rangkap lang mensilang kui mengsikui (orang tak macam orang,hantu tak macam hantu).Dalam erti kata lain Tuhan itu tidak berupa.

Kisah ini sama seperti yang di lalui oleh seorang ulamak besar Indonesia yang bernama Hamzah Fansuri sehingga terkeluar dari mulutnya apa kala melalui pelbagai dugaan di dalam mencari Tuhan.. "ke Mekah sudah ke Madinah sudah..akhirnya bertemu di dalam rumah" (kisah ini di nukilkan juga oleh M.Nasir dalam lagu nya Kias Fansuri).Kesimpulanya adalah seperti mana falsafah yang paling terkenal  dalam ilmu ketauhidan iaitu "Kenalilah dirimu rata-rata maka Kenallah Tuhan yang nyata.Apabila kenal Tuhan yang nyata maka binasalah kamu..."

Bagaimanapun M.Nasir tidak membiarkan lirik ini berkisar tentang mencari Tuhan semata-mata sebaliknya beliau telah seimbangkannya dengan satu hadis Rasulullah yang di riwayatkan oleh Al_tarmidzi di dalam rangkap yang pertama ( 73 pintu,73 tiga jalan,yang sampai hanya satu jalan) yang berbunyi  
"Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah-pecah umatku sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi dan Nesrani dalam ugama mereka. Berpecah umatku menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (sahaja) masuk Syurga.
Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu yang mengikut jalanku (yakni, sunnah beliau atau as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku yang benar lagipun diberi petunjuk oleh Allah."

 Amat jelas di sini,untuk mencari Tuhan hendaklah kita berilmu.Untuk berilmu hendaklah kita berguru.Dalam hadis ini Rasulullah menjelaskan 72 golongan dari umatnya bukanlah dari golongannya kerana mereka mencari Tuhan tetapi tidak mengikut jalannya (Jalan Muhammad). Dalam erti kata lain mereka mahu menjadi hamba Allah tetapi tidak mahu menjadi Umat Muhammad s.a.w (kekasihNya). Oleh sebab itu hendaklah kita berguru dengan guru yang bersanadkan Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya (r.a) kerana itulah juga nama lain bagi Ahli sunnah wal jamaah(yang mengikut sunnah dan perjalanan rasulullah dan para sahabat) supaya kita dapat mengenal Tuhan melalui jalan Muhammad s.a.w(ada Allah tetap ada Muhammad).Dan sebab itu lah apakala sang algojo (si pemancung kepala) kiasan untuk Malaikat Maut melaksanakan tugasnya,kita mohon kesempatan untuk mengucapkan kalimah yang sebenarnya (kalimah tauhid -nafi dan isbat dan kalimah rasul-sunnah wal jamaah) iaitu kalimah syahadah...
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...