Insan Luhur

Kita hidup dengan Roh bukan dengan Jasad..

Tuesday, December 28, 2010

Mari Menari versi PTM

Salam.. lama gak menyepi diri ni..sibuk dengan E-Sekata..sampai demam2 aku di buatnya.Aperpun atas permintaan ramai aku gagahkan juga diriku ini untuk mengupdate blog ni.
untuk E-Sekata...chess
 Post kali ini..xmo ulas panjang..korang vote je mana yang berkenan..So kita teruskan dengan pasangan Mari Menari versi PTM

Pengacara Mari Menari
MM Pokli

MM Nasir
MM Mail
MM Lan
MM Nawab
MM Kecik

Jadi keputusan di tangan anda..Anda yang menentukan siapakah yang akan menjuarai Mari Menari versi PTM..

Wednesday, December 22, 2010

Superhero versi wanita di pejabatku

Ok..bertemu kembali..post kali ini memang lain dari yang lain.Kali ni aku akan post sesuatu yang tak pernah terfikir oleh aku sendiri.Dalam erti kata lain kira percubaan berani mati la..Sebelum apa2 aku mintak maaf banyak2 pada sesiapa yang terlibat.Ok.. mari kita mulakan.
Berikut adalah senarai superhero wanita yang ada di pejababatku :

1. SpiderMazni
Superhero ini masih mengekalkan ciri-ciri wanita timur.Kebolehannya sama dengan spiderman tapi spiderman tu memang takde kena mengena pun dengan dia.Kelebihannya dia boleh melekatkan diri di mana-mana.Jasanya yang paling penting ialah memasang tali tiang bendera di depan bangunan PTM.Kalau xde dia dah tentu tiang bendera tu tinggal tiang je tanpa benderanya.Tapi akhir-akhir ini dia seperti menyepi diri sebab tu bendera PTM sudah tidak kelihatan lagi di tiangnya..
SpiderMazni sempat bergambar bersama anak kesayangannya ketika pulang sebentar ke rumahnya untuk makan tengahari (gambar dirakam 3 tahun yang lepas)
Tiang bendera PTM yang semakin suram

2. BatNor
BatNor adalah superhero yang sukar untuk diramalkan kebolehannya.Walaupun bertubuh kecil tetapi dia telah banyak menyelamatkan orang.Antara yang paling tidak dapat di lupakan ialah ketika dia membantu En Syazwan mengambil printer yang diletakkan di atas rak yang tinggi.Dengan keadaan En Syazwan yang katik itu,tidak memungkinkan dia melakukan tugasan itu.Untuk itu,dengan menggunakan kelebihan BatNor yang boleh terbang maka dia berjaya membantunya.BatNor juga masih mengekalkan ciri-ciri wanita timur dalam dirinya..
bergambar sejurus sahaja selepas membantu  En.Syazwan
En.Syazwan
3. UltraNad
Superhero ini akan sentiasa di ingati kerana kehebatannya memformat 40 pc di makmal FST dalam masa 0.001 saat.Bukan setakat PC sahaja,bosnya En.Fazli pun habis di formatnya sehingga en.fazli yang dah tua bangka bertukar menjadi muda kembali.Aperpun UltraNad juga masih mengekalkan ciri-ciri wanita Timur
Disebabkan terlalu sibuk UltraNad tak sempat nak hantar dobi pakaiannya
En Fazli bagai tidak percaya kerana bertukar muda (gambar kecil : masa tua bangka)
4. SuperIta
Inilah satu2 nya superhero yang telahpun bersara dari dunia superhero.Ketika masih berkhidmat sebagai superhero dia telah melakukan jasa yang sangat besar dan yang paling besar ialah menukarkan tayar kereta Kak Muna (rakan seopis) yang telah bocor.Bukan satu tapi dua tayar..Satu tayar menggunakan tayar spare..satu lagi tayar dia mengambil(bukan curik) tayar depan kereta Madi.Jadi superhero ini bukan sahaja kuat malah bijak jugak.Selepas dia bersara tempatnya digantikan oleh SuperNasir sebelum SuperNasir sendiri pula yang bersara.Superhero ini juga masih mengekalkan ciri2 wanita timur..
hari terakhir sebelum bersara

Kesemua superhero di atas sebenarnya telah di ketuai oleh seorang lelaki yang bernama Mayat The Misai..
Mayat The Misai
Demikianlah kisahnya..Harap2 kepada mereka-mereka yang terlibat sudi-sudilah memaafkan aku ye.... Yang baik tu dari Allah dan yang buruk itu pastinya dari aku (ayat cover)...

Monday, December 20, 2010

Akad dan Nikah

Urmm..apekejadahnya aku nak bicara pasal akad nikah lak ni.Macam nak tambah cawangan lak..huhu..Percayalah kepada sesiapa yang sudi membaca blog ku ini..Aku seorang yang setia..xdo kojo  aku nak tambah-tambah der..cukupla sorang.Anda..tak percaya?? kalau  tak caya..tanya la aku..Hah apo laie tanyo la..huhu
Yang membezakan manusia dan haiwan adalah Akad Nikah..Haiwan kawin..manusia pun kawin..tapi depa takdak nikah..kawin pun ikut suka hati mak bapak depa je..kat mana2 pun jadi..Tapi nak wat camner dah nama pun haiwan..Tak heran pun..manusia pun ada gak yang camtu..
Kalau tengok secara mata kasar..macam mudah je akad nikah ni..Tok Imam(bukan pokli) dan si lelaki akan duduk mengadap-ngadap..sementara si perempuan duduk di tepi sambil tersipu-sipu malu sambil ditemani bapa tercinta disebelahnya..Maka apakala tok imam menghulurkan tangan, si lelaki dengan hati yang berdebar-debar menyambut tangan Tok Imam."sipolan bin sipolan" lantas si lelaki menjawab "saya".Diteruskan oleh tok imam "Aku nikah akan dikau dengan sipolan binti sipolan dengan berwakil walikan kepadaku dengan mas kawin nyer .............. tunai/hutang" lalu Tok Imam menggoncangkan tangan si lelaki sebagai isyarat untuk menjawab.Maka jawab si lelaki dengan satu nafas "Aku terima nikah dengan sipolan binti sipolan dengan mas kawinnya .......... tunai/hutang". Jika saksi2 yang ada mengatakan sah..maka rasmilah si perempuan menjadi isteri si lelaki..Mudahkan..
Tapi benarkah semudah itu..apa yang berlaku sebenarnya sebentar tadi ?.Adakah hanya sekadar lafaz di mulut? Itu yang berlaku secara zahirnya.Hakikatnya..apakala tok imam melafazkan nikah..bahu bapa kepada si perempuan sedikit demi sedikit menjadi ringan..dan.. apakala si lelaki selesai menjawab lafaz nikah tersebut.satu fenomena yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar telahpun berlaku di mana segala beban ke atas si perempuan yang ada pada bahu bapanya sedang di persalinkan kepada bahu si lelaki dan apabila saksi mengesahkan lafaz itu,proses persalinan itupun selesai ..Maka berpindahlah dengan rasminya beban itu kepada si lelaki. Dan..dengan tidak semena-mena air mata si perempuan tiba-tiba mengalir.Si perempuan pun tidak mengerti kenapa perlu dia mengalirkan air mata.Maka itulah yang di namakan perasaan semula jadi yang begitu unik di sebabkan fenomena persalinan dari rusuk kiri ke rusuk kiri lelaki yang lain tadi.
Selepas itu si lelaki akan menanggung.segala apa yang di lakukan oleh isterinya samada baik mahupun buruk Dan...apabila sampai masanya segala apa yang di tanggung itu..akan di jawab pula si lelaki kepada PenciptaNya..Maka itulah yang di namakan TANGGUNGJAWAB.Di dunia si lelaki yang menanggung dan di akhirat pula si lelaki jugalah yang akan menjawab.Jika si isteri keluar tanpa izin suami..si lelaki yang kena tangung..jika si isteri membuka aurat..si lelaki yang kena tanggung..jika si isteri menyakitkan hati orang lain..si lelaki yang nak kena tanggung..jika si isteri menderhaka pula kepada si lelaki..si lelaki jugalah yang kena tanggung..Dan segala apa yang di tanggung itu akan di jawab pula bila tiba masanya.
Jadi persoalannya...adakah akad nikah adalah sesuatu yang mudah.Ya..mudah pada zahirnya tapi berat pada batinnya..Jadi kepada yang bakal berkahwin dan yang dahpun berkahwin sesungguhnya akad nikah itu ibarat meletakkan lori 5 tan di atas bahu anda..maka janganlah kita lepaskan kerana lori itu hanya boleh di letakkan di bahu kita sahaja.letaklah di bahu orang lain dia akan kembali semula kepada kita..aperpun jangan takut nak bernikah sebab itu adalah jalan Muhammad s.a.w.Dan..isteri itu bukanlah satu beban kepada kepada kita tapi..ANUGERAH.Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu sudah pasti dari aku..insan yang amat hina ini.

Friday, December 17, 2010

Cara-cara nak cover malu bila terjatuh


  1. Kalau tersepak batu
    Jangan terus bangun, sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai. Lepas tu baru bangun bila tiada orang nampak
  2. Kalau terjatuh daripada basikal
    Cepat-cepat naik semula basikal anda dan jatuhlah lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda sedang berlakon atau saja-saja buat lawak
  3. Kalau terjatuh tangga
    Terus bersilat seolah-olah anda sedang dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus
  4. Kalau terjatuh dalam longkang
    Pungutlah sampah yang ada di dalam longkang tersebut sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.
  5. Kalau jatuh ketika hendak menaiki bas
    Jeritlah sekuat hati, “Oi! Apa tolak-tolak ni?” walaupun tiada orang di belakang anda
  6. Kalau terjatuh di hadapan bus stop
    Terus buat-buat pengsan sehingga ada orang datang membantu anda. Sekiranya tiada, baring terus sampai malam dan jika tiada orang lagi di bus stop itu.. haa.. ni lah masa sesuai untuk bangun semula!
  7. Kalau jatuh tergelincir akibat lantai licin (kalau ada orang kat sebelah)
    Tarik kawan(atau sesiapa yang ada bersebelahan anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tidaklah anda sorang sahaja yang mendapat malu  
  8. Kalau jatuh tergelincir akibat lantai licin (kalau xde sape2 kat sebelah anda)
    Terus menjerit kat sesiapa yang ada kat situ , " Jangan risau..aku memang nak wat camni " 

Thursday, December 16, 2010

Untuk Wanita...

Wanita/Ibu/Isteri
kau tetap bermula dari rusuk kiri yang bengkok yang datang dari seorang lelaki bernama Adam...Hayatilah lagu dan bait2 lirik ini wahai kaum Hawa

Wanita-Dehearty


WANITA -Dehearty

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan




Wednesday, December 15, 2010

Rakan sepejabatku part 3

Sekadar gambar hiasan
Bertemu kembali kita..aku tau korang memang ternanti-nanti sequal rakan sepejabatku ini kan..Maka kuteruskan kisah rakan2 ku ini


Ni namanya KhairulNizam bin Abd Malek.Lebih dikenali sebagai PakLong sebab dia ni berasal dari FELDA Palong.Mula2 panggil palong lama2 jadi PakLong.Baru je berkahwin cam Madi gak.Nama isterinya adalah MakLong.Dia Juruteknik Rangkaian..pun macam Madi jugak.Keunikannya terletak pada wajahnya sebab hampir menyerupai wajah seorang lagenda iaitu Datuk Ahmad Nawab.Cuba perhatikan gambar di bawah..

Satu lagi keunikannya..dia juga pandai bermain alat musik..Kalau Datuk Ahmad Nawab terkenal dengan saksofonnya tapi paklong..
bermain rekorder sambil memegang kabel network.
Yang ni paling di nanti2..Ni nama dia Fakhrul Radzi.Nama manja fakrul je. Orang kedah..pemalu orangnyer..baru je dapat status tetap..Dia duduk sebelah Nasir. Fakrul ni persasan muka macam pelakon Radhi Khalid..adalah sikit2. Tapi sebenarnya muka dia  lebih mirip kepada....
Shaggy Scooby Doo..urmmphh..tak cower..


gambar hiasan lagi


Tuesday, December 14, 2010

Buat Tatapan Bangsaku

Bangsa Melayu lahir dari keturunan isteri ketiga Nabi Ibrahim iaitu Siti Keturah.Keturah bermakna wangi-wangian..Suatu ketika dahulu wangi -wangian sering di kaitkan dengan Bunga...
Tahukan anda..anda adalah bangsa melayu yang pernah membina empayar maha besar di sepanjang gunung di Himalaya,empayar bunga-bunga anda terkenal di sana,Empayar diberi nama (Melati,Melur & Kemboja) hari ini di kenali(Laos,Vietnam,Cambodia) itulah dinasti kegemilangan anda di Empayar Utara..dan hari ini,mercu tanda Ketamadunan Melayu,masih kekal di sana sebagai 1 of WONDERS OF THE WORLD kekal sampai hari ini kerana binaannya tiada gangguan hakisan lautan..kerana itu anda anak-anak melayu,akan merasa lemah sedikit & tergugat bila di"acah" dan ditanya..dimanakan WONDERS anda?? tak seorang pun mampu menjawb,melainkan sedikit sahaja..wahai anak-anak melayu..WONDERS teragung anda ada di Laut Cina Selatan.
Wahai anak-anak Melayu..WONDERS anda yang agung ada di Laut Cina Selatan,tenggelam dinaiki air laut,berupa Pyramid yang luar biasa besarnya..kamu wahai anak Melayu..anda telah membina negara-negara kota di pesisir pantai-pantai kamu di 


Acheh,Perlis,Kedah,Perak,Selangor,Melaka,Johor,Pahang,Kelantan,Petani, Cermin,Langkasuka,Jawa,Siak,Sulu dan banyak lagi..(malahan lagi besar dari TEMBOK CINA) tapi sayang..binaan di tepian laut takkan kekal sampai ke hari ini,kerana ia faktor sunatullah..binaan CITY STATES(Negara Kota) milik bangsa anda ini..hancur dimamah ombak akibat peredaran zaman..maka yang tertinggal hari ini,ialah monumen-monumen yang terletak jauh di padang pedalaman,iaitu segala candi-candi yang berbentuk PIRAMID BESAR..


Tamadun anda amat seni sekali..budaya & ibadat 2 perkara yang berbeza,Candi-candi ibadat itu adalah luahan anak-anak melayu kepada Sang Pencipta terhadap komitmen mereka kepada agama.. 
Tak perlu percaya ulasan ini tapi bukankah anda boleh fikir kebenaranya..Wallahualam
Kalaulah anda boleh berdepan dengan 2 makhluk ini,dan meminta jawapan untuk segala-galanya dengan di jawab jujur pula oleh mereka berdua ini..pasti mereka berdua boleh menjawab dengan baik,kerana mereka telah hidup merentasi banyak umat & zaman 
-iblis 
-Nabi Khidir


* dipetik dari sumber yang dirahsiakan

Berdiri lurus dalam Solat

Berdiri lurus…atau dalam erti kata lain berdiri betul.Cara berdiri ketika solat.Dulu aku tertanya-tanya gak pasai apa kena berdiri lurus ketika solat.Termasuk dalam rukun lak tu.Nasib baik aku ada Guru.Kalau tak aku pun tak tau aper yg aku buat.Orang berdiri lurus aku pun berdiri lurus.Padahal solat tu keje aku.Guru aku cakap berdiri lurus tu berdiri betul.Maknanye bile kita berdiri dalam solat ada 3 perkara yang nak kena betul.Yang pertama cakap kena betul,kedua janji kena betul dan ketiga amanah kena betul.Bila 3 perkara tu betul baru la kita di katakan berdiri betul ketika solat.Berdiri tu lak adalah pendirian.Pendirian tu adalah Pegangan.Kalau pegangan kita dah betul baru la kita di katakan mendirikan sembahyang.Sebab tu org ckp sembahyang tu adalah tiang.Macam ceramah agama lak.
Sbnrnya kita senang nak cakap.Buat nyer yang amat2 susah.Sebab tu aku xleh nak declare yg aku berdiri betul ketika solat.Sebab tiga perkara yang nak kena betul tu masih lagi tak betul.Susah sebenarnya nak cakap betul.Cakap betul ni lawan dia menipu.Dalam satu hari tu misti aku ada menipu.Tipu la kalau aku tak menipu.Kalau aku cakap aku tak pernah menipu,tu pun dah di kira menipu.Guru aku cakap lagi kalau tiga tu masih belum betul maknanya kita ni masih tak bersih lagi.Ambik wuduk tu bersih zahir je.Bersih batinnya ada dalam tiga perkara tu.Ye la kita nak mengadap Tuhan yang Maha Bersih jadi kita sendiri kena lah bersih zahir dan batin.Dari tiga perkara tu plak satu pun xde yang aku lepas.Sebenarnya tak susah pun.Nak ngan taknak je.Biasala musuh yang paling utama dalam hidup kita adalah yang paling dekat ngan kita..NAFSU.dia terletak di antara dua tulang rusuk kita.Memang dekat sangat.NAFSU ada dalam HATI kita.Sebab tu ada pernah aku terbaca Panglima yang paling gagah perkasa di sisi Tuhan bukan orang yang paling ramai menewaskan musuhnya tapi orang yang berjaya melawan nafsu.Dah bebetul ceramah agama dah aku ni.Udah la tu,sebelum aku meleret leret dengan lebih jauh baik aku tutup tajuk kali ni .Aperpun macam biasa  yang baik tu datang dari Allah yang buruk tu sudah pastinya  aku bahasakan kepada diri aku sendiri..

Friday, December 10, 2010

Rakan-rakan sepejabatku part 2

Syy..(sambil korek telinga)

Ok..dok dendiam kita teruskan dengan kisah rakan-rakanku.
.
 Ha...ni nama dia Zuhairi Mohd Salleh.Nama manja Zul Hang,Zul Panjang dan Zul Garang.Dia ni orang Kedah.Kalau aku borak ngan dia automatik slang aku pun dah jadi mcam utara lak.Tag line dia yang popular adalah "Baguih Dok Ada...Mai awai tak kalut". Dia ni juruteknik gak.Rajin orangnyer.Zul ni bercita-cita nak badan dia berisi sikit.Sebab tu dia mencuba produk Dr Rozmey Dua Alam.Akhirnya dia berjaya menjadi testimonial utama bagi produk Dr Rozmey tersebut..



buta mata beta...macam Kasim Selamat..



Seterusnya ini pulak Amirul Falanee Hasnan.Aku panggil mirul je.Mirul ni bukan takat kawan je tapi dia ni sebenarnya bos aku..Mirul ni pun ader tag line gak...agak popular la jugak iaitu "Tak Cover".. Mirul ni ader tebiat yang agak pelik..sebelum makan dia suka nyanyi lagu opera cina.Menurutnya, mengikut pesan orang tua-tua ..kalau kita nyanyi lagu opera cina sebelum makan,makanan tersebut secara tiba-tiba akan menjadi sedap yang teramat sangat..Tak tau la betul ke tak..tapi dia lebih tau sebab dia memang selalu praktik pesanan orang tua2 tu..Tak caya tengokla gambar kat bawah ni...

Mirul setelah di kartunkan...ermm...tak cover

 Yang ni nama nya Nasir bin Abd Halim.Aku panggil Nasir je.Nasir ni pegawai kat opis aku.Orangnyer comel2 gitu.Bila hujung tahun je,ramai la yang carik dia sebab dia jaga E-Prestasi. Nasir ni dulu pernah jadi superhero dengan gelaran SuperNasir.Tapi tak lama sebab orang ramai tak confident nak mintak tolong dia.So disebabkan fed-up,Nasir pun pergilah ke sebuah surau lalu terus menjadi penyumbang terbesar surau tersebut.Masa di surau Nasir di panggil sebagai Ustaz Steady dengan ceramah popularnya Sombong,Bongkak,Riak dan Berlagak (SBRB)..
Nasir ketika bekerja sebagai Superhero (SuperNasir) suatu ketika dahulu
Bergambar bersama Geng Surau selepas memberikan ceramah SBRB

BERSAMBUNGGG....LAGI

Thursday, December 09, 2010

Keramat Ibu



Keratan lagu Ayah dan Ibu - Allayarham Sudirman hj Arshad

Ayah dan ibu
Wali -wali  keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Pakailah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Keratan lagu Bonda - M.Nasir

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu

Oh! bonda
bonda

Permula kata yang biasa aku dengar dalam beberapa ucapan
"Alhamdulillah.. bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya,berkat kekasih-Nya Rasulullah s.a.w, keramah dan hikmah kedua Ibu dan Bapa kita......"

Kali ni aku nak berkongsi dengan semua tentang keyword Keramah/Keramat Ibu.Bukanlah bermakna aku faham sepenuhnya tentang itu.Aku memberi pendapat berdasarkan pengalaman aku berguru dengan seorang guru. Bermula dengan berguru dengan cikgu sekolah sehinggalah sekarang..aku masih berguru.Aku berguru sebab aku cetek ilmu.Aku tidak layak untuk memiliki ilmu Ladunni ( ilmu terus dari Allah) seperti Nabi Khidir sebab tu aku kena berguru.
Pada ibu ada keramat.Keramat tu biasanya hanya ada pada para aulia,anbiya atau dalam erti kata lain wali2 Allah dan para Sahabat Nabi(r.a).Keramat tu maknanya sesuatu perkara yang mencarik adat (luar biasa) yang Allah kurnia kepada para wali2 Nya.Wali -wali Allah dan para Sahabat nabi(r.a) ni tak pernah mintak pun tapi Allah kurnia untuk membuktikan kewalian masing-masing.Jadi..adakah seseorang yang bergelar ibu ni mempunyai taraf yang sama dengan wali.Maka persoalan tu lah yang berlegar di fikiran aku sebelum ini.Namun dari kata-kata dan nasihat dari seorang Guru,setelah berkali-kali malah bertahun-tahun aku mendegarnya maka inilah yang akan aku kongsi dengan semua.
Di antara kita dan ibu kita,maka ibu ibarat wali di sisi Allah.Keramah yang Allah kurniakan kepada ibu adalah hakNya iaitu Rahim(kasih sayang)..Rahim tu hak Allah iaitu sifatNya.,Maka di kurniakan kepada Ibu dan secara simboliknya menjadi tempat kita bersemayam di dalam perut ibu yang dinamakan rahim sebelum kita di lahirkan.Apabila kita lahir sahaja,maka itu dikatakan kita di lahirkan dari rahim ibu atau dalam bahasa lebih mudah kita di lahirkan dari Kasih Sayang ibu.Maka dari keramah Allah itulah kita dilahirkan.Begitu hebatnya Rahim kurniaan Tuhan kepada ibu sehingga kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya melebihi kasih sayang kepada dirinya sendiri.Dan itulah dinamakan perkara yang sangat luar biasa ataupun sesuatu yang mencarik adat.
Sebab tu dalam Quran dan Sunnah terlalu banyak ayat2 yang memerintahkan untuk kita menghormati ibu.Ingat... Tuhan perintah bukan minta.Maka bila perintah..itu adalah wajib.Jadi adakah anda nampak sampai begitu tinggi Tuhan letakkan darjat seorang ibu.. sehingga Syurga yang begitu luas kalau ditakdirkan untuk kita,Tuhan letakkan di bawah telapak kaki seorang ibu bukan di tapak tangannya,bukan dilututnya tapi anggotanya yang paling bawah,tempat dia memijak mijak iaitu di bawah telapak kakinya.Begitu hinanya kita di sisi Ibu kita.Persoalannya..layakkah kita merasa lebih pandai dari ibu kita walaupun ibu kita tak pernah sekolah,layakkah kita rasa kita lebih hebat dari ibu kita.Terlalu jauh bezanya kalau nak dibandingkan kita dengan Ibu.Tuhan tak kurniakan RahimNya kepada kita tapi Dia kurniakan hanya kepada seorang yang bernama Ibu.
Namun setinggi-tinggi darjat yang Tuhan letak pada seorang Ibu,seluas-luas syurga kalau ditakdirkan untuk ibu ,Tuhan letak di bawah telapak kaki suaminya.Iaitu insan yang bernama ayah.Sebab itu pada ayah ada hikmat.Maka keramah pada ibu dan hikmah pada bapa tu lah yang akan membawa kita kepada Jalan Rasulullah s.a.w. Kalau yang kita nampak depan mata pun tak mampu kita nak kasih dan sayang apatah lagi Rasulullah s.a.w yang langsung kita tak pernah jumpa tu.Jangan tanya aku bagaimana pula dengan ibu2 yang buang anak dan ayah2 yang hisap dadah dan kaki judi..Jawapannya ada dalam diri kita.Carilah Guru..insyaallah segalanya akan terjawab
Segala apa yang tercoret di atas adalah peringatan kepada diri aku sendiri.Kalau ada sesiapa yang kena tempiasnya,maka sama2 lah kita renungkan..Sesungguhnya yang buruk itu sudah pastinya aku bahasakan kepada diri aku yang hina ini dan yang baik itu..hanya dari Allah..Tuhan sekalian alam.

Monday, December 06, 2010

Rakan-rakan sepejabatku part 1



Rakanku ini namanya Asmadi bin Jumain.Rakan2 lain panggil dia madi.Banyak lagi gelarannya... antaranya yang paling latest pak abu (geng surau) selain dari tu dia juga dipanggil kogoro madi (pakcik konan),rama-rama dan ultraman madhu.Memang rapat gak ngan aku.Dia start keje kat USIM sekitar tahun 2005 tak salah aku.Masa tu kat Pandan Indah..dekat2 nak pindah Nilai la masa tu.Si Madi ni juruteknik di Unit Rangkaian.Baru je mendirikan rumahtangga..yang penting dia ikut nasihat aku sebelum memilih isteri iaitu pastikan bakal isteri tidak ada loan bank rakyat sebab Madi ni nak beli rumah tapi taknak potong duit gaji dia,so potonglah gaji bini dia..sebab tu kena pastikan tu..haha...satu lagi madi ni tak lokek..dia kalau ader duit selalu belanja orang makan..yang terbaru ni dia belanja kami makan kat rumah bini dia kat Johor masa hari kahwin dia..tapi aku tak dapat nak join sebab ader hal..tapi insyaallah hadiah akan menyusul.Aperpun aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru ye En Madi...


Yang ni lak namanya Mohd Firdaus Muhd Ramli.Nama manjanyer gigi..orang Melaka.Dulu dia pelakon tapi tak laku.Tapi bila masuk je USIM aku ambik dia jadi pelakon utama dalam sketsa aku yang bertajuk Daus Kundang.Akhirnya dia kembali popular seperti dulu.Si gigi ni sebenarnya tokey kambing..bukan takat kambing je..kolam ikan pun dia ader..Merasala jugak aku makan ikan tilapia free masa dia nak keringkan kolam ikan dia dulu.Masa keta aku tersadai ssebulan kat workshop masa accident dulu dia la yang tolong tumpangkan keta dia gi opis.Kira suka menolong la kiranya mamat ni.Yang terbaru ni aku dengar pak mentua dia kat ICU..so aku doakan semoga pak mentua dia cepat sembuh..banyak2 kan la berdoa ye gigi..


 *sesungguhnya gambar ini adalah orang yang berbeza dengan gambar dalam post yang pertama
Nama jejaka ni Khairul Nizaar Sumali.Dia masuk USIM lebih kurang je ngan Madi.Kerol ni (nama manja) banyak adik beradik kat USIM.Antaranya Naza Bendahari,Ustaz Zainul Rijal,Ahmad Muzammil dan Yusof Sumali.Tu kat dalam USIM.Kalau kat luar USIM lak.. Afdlin Sauki,Harith Iskandar,Datuk Seri Najib,Laki Juma (Datin Norjuma) dan Adibah Noor.Kerol ni mula2 masuk,jawatan dia Juruteknik tapi sekarang..dia dah jadi Penolong Pegawai IT..ye lar ader Diploma takkan nak simpan ye tak..Kerol ni suka jelir2 lidah..memang dah tebiat dia.Tak caya tengokla gambar kat atas nun..
Yang ni pulak nama dia Ahmad Fazli bin Ismail. Ramai kawan2 panggil dia Pokli.Pokli ni memang orang seremban.Dia masuk USIM tak salah aku dalan tahun 2008 kot.Orangnyer mmg sangat penyabar.Dia ni penyelia Juruteknik kat Unit Perkakasan.Pokli ni dulu botak..ader rambut pun kat tepi2 je,tu pun warna putih.Tapi selepas mendapatkan rawatan Yun Nam,rambut pokli dah semakin ramping..siap belah tengah lagi tu.Lagi satu pokli ni mmg ramai dah tau,kalau dah tua macamana muka dia..kalau tak sebut pun sumer tau... macam En Idris takyan
*pokli sedang mencuba memakai topeng En Idris



Seterusnya ini Mohd Syazwan bin Hj Abd Rahman.Nama timangan takde.Tapi aku suka panggil dia Conan sebab muka dia ala2 detektif conan yang kartun jepun tu.Syazwan ni lemah lembut orangnyer.Dia duduk kat sebelah pokli.Jawatan dia Juruteknik kanan.Masuk USIM pun lebih kurang Madi ngan Kerol. Aku memang selalu lepak kat bilik dia terutama masa rehat kul 1.Sebab masa tu dia tengah tido.Nampak jambu je masa dia tido..mcm gambar kat atas nun..Tapi biasanya sebelum tido dia akan pakai baju tido yang jarang2 tu..pokli pun selalu gak pakai.Syazwan ni dah tunang dah pun.Insyaallah tahun depan kahwin.Aku doakan semoga tabah menghadapi dugaan bertunang dan selamat hingga sampai ke jinjang pelamin..

BERSAMBUNG........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...